PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA



NAMA : NURUL SYAHIDAH BINTI AMAT SUNKONO
NO. MATRIKS : D20211100452


PENGENALAN PENGURUSAN
                          

Menurut kamus dewan, perkataan “pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan pengawalan, pengelolaan, dan penyelenggaraan. Antara fungsi pengurusan termasuklah merancang, menyediakan bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat keputusan dan menilai. E.B. Taylor berpendapat bahawa budaya adalah suatu keseluruhan kompleks yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, kesusilaan, hukum, adat istiadat, serta kesanggupan dan kebiasaan lainnya yang dipelajari oleh manusia sebagai anggota masyarakat.


DEFINISI BUDAYA



* Menurut (Amir 2020), budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya.

* Menurut (Tylor 1871), budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undanng-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.

* Menurut (Bourdieu 1990), budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan.


DEFINISI PELBAGAI BUDAYA



Pengurusan pelbagai budaya didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya yang pelbagai yang datang daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Adalah tidak asing bagi sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai pelajar, guru, dan kakitangan sekolah yang terdiri daripada kaum yang berbeza-berbeza seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya.


TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA



DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA



PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN


Terdapat banyak prinsip-prinsip pendidikan pelbagai budaya berkesan. Satu daripadanya adalah pendidikan pelbagai budaya merupakan pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. Bukan itu saja, pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum. Pendidikan pelbagai budaya juga meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif. Seterusnya, populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.


PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA



Pendekatan pelaksanaan juga penting dalam pendidikan pelbagai budaya di sekolah. Antaranya adalah guru perlu menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Di samping itu, guru juga perlu  memberi perhatian kepada suara hati pelajar agar pelajar dapat berkomunikasi dengan baik sekaligus dapat memastikan pendidikan pelbagai budaya berkesan. Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar pula hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran. Malahan, adalah penting bagi seseorang pelajar merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. Seterusnya, pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar. Oleh itu, adalah tidak sesuai apabila seseorang guru menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan pelbagai budaya ini pula berasas kepada prinsip iaitu penghargaan, empati dan kesamarataan. Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Bukan itu saja, pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal. Ini kerana, pendidikan pelbagai budaya akan memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Oleh itu, ianya memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.


DASAR-DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA




CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM MENGURUS KEPELBAGAIAN BUDAYA



Antara ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya ialah guru bersikap sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang, dan berkemungkinan juga terhadap kemungkinan mewujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.  Guru mestilah tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka. Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada, guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.


KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU



Adalah amat penting bagi guru-guru untu memahami pendidikan pelbagai budaya kerana bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain dapat diwujudkan dalam diri murid. Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya. Apabila murid mempunyai lebih banyak pengetahuan berkaitan dengan budaya daripada kaum lain, perasaan hormat dapat disemai dalam diri mereka seterusnya dapat mewujudkan suasana belajar yang harmoni. Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya serta tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Selain itu, guru juga akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat.

RUMUSAN



Kesimpulan yang boleh dibuat daripada tajuk ini ialah Malaysia merupakan negara yang kaya dengan budaya yang pelbagai tidak kira di Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak. Jadi sensitiviti terhadap kaum lain adalah sangat penting untuk menjaga keharmonian negara ini. Sekiranya sesuatu kaum tidak bersikap sensitif terhadap kaum lain, akan hilang rasa hormat terhadap kaum lain dan akan timbul isu perkauman. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab untuk memberikan pendidikan berkaitan dengan budaya yang terdapat di Malaysia agar murid dapat mempelajarinya serta menghormati budaya yang dianggap asing. Guru juga perlu bersikap adil dan saksama dalam mendidik anak-anak agar kaum minoriti tidak rasa tertindas atau tersisih. Selain itu, ibu bapa juga turut bertanggungjawab dalam mendidik anak mereka untuk menjadi contoh yang baik dan mencerminkan keperibadian dan kebudayaan yang positif kepada budaya lain di sekolah. Akhir sekali, pengurusan pelbagai budaya mampu melahirkan suasana yang aman damai antara masyarakat seterusnya wujud sebagai sebuah negara yang harmoni dan disegani oleh negara maju yang lain.



Comments